Monday, March 15, 2010

~Camtasia Studio~


Rakaman aktiviti pengajaran menggunakan Camtasia Studio merupakan tugasan ketiga yang perlu dilakukan secara berpasangan. Saya dan Kiki masih bekerjasama dalam satu pasukan. Tugasan ini memerlukan kami merakam suara dan pada masa yang sama mempersembahkan bahan pengajaran yang ingin disampaikan. Pada mulanya, saya agak keliru dan takut dengan tugasan yang diberi. Namun, Dr Saadiah telah memberi kata-kata peransang dan motivasi bahawa tugasan tersebut mudah sekiranya kami memahami dan mengikut langkah-langkah yang diajar. Saya kembali bersemangat dan yakin bahawa kami boleh laksanakan tugasan yang diberi dengan baik.

Sekali lagi kami perlu memilih topik yang sesuai untuk proses rakaman ini. Saya mencadangkan agar kami menggunakan topik yang sama yang digunakan dalam tugasan kedua. Ini kerana tugasan tersebut juga lengkap dengan power point. Namun, Kiki memberikan idea yang lebih bernas. Dia mencadangkan agar kami memilih topik lain dalam subjek Biologi atau subjek Fizik. Dengan kepelbagaian topik, menjadikan seseorang itu lebih kreatif dan dapat menambahkan lagi pengetahuan masing-masing. Untuk lebih adil, Kiki mencadangkan supaya kami memilih pula topik dalam subjek Fizik atau subjek lain. Oleh itu, kedua-duanya dapat mempelajari sesuatu dalam bidang masing-masing.

Jadi, setelah berbincang....kami bersepakat memilih tajuk organ badan manusia kerana lebih menarik dan memang terdapat pada pelajar tersebut. Ini membolehkan pembelajaran secara kontektual dapat dijalankan. Rakaman ini menggunakan slide powerpoint yang dibuat dan berbentuk pengajaran menggunakan suara. Selain itu, kami juga ada merekod suara untuk teknik-teknik menggunakan document map dalam penulisan tesis.Teknik yang ditunjuk secara on the spot ini memudahkan pelajar memahami kerana teknik tersebut disertai dengan penerangan dan tunjuk ajar menggunakan cursor.

Daripada tugasan menggunakan camtasia studio ini, saya mempelajari banyak ilmu baru. Tugasan ini menjadikan saya lebih kreatif dalam menghasilkan bentuk pengajaran. Oleh itu, untuk menjadi tenaga pengajar atau pendidik yang versatil, penggunaan camtasia studio ini amat berguna dan pendidik dapat menyampaikan pengajarannya yang tersendiri.

0 comments:

Post a Comment

~Physics Lab~

Happy Hour

Happy Hour

Followers

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez