Monday, March 15, 2010

Aktiviti smart board


Tugasan kedua yang diberikan oleh Dr.Saadiah adalah untuk membuat perbentangan rancangan mengajar dan aktiviti menggunakan Software Smart Board. Tugasan ini perlu dilakukan secara berpasangan dan Nurul Ain atau lebih dikenali sebagai Kiki merupakan pasangan saya untuk tugasan kali ini. Setelah berbincang selama beberapa minit, akhirnya kami bersepakat untuk merangka dahulu rancangan mengajar supaya aktiviti yang ingin dijalankan jelas dan bersesuaian dengan matlamat yang ingin dicapai.

Kami berdua mengalami kesulitan untuk memilih topik yang sesuai untuk tugasan ini. Ini kerana Kiki lebih mahir dalam subjek Biologi manakala saya lebih mahir dalam subjek Fizik. Akhirnya, saya mencadangkan agar kami memilih topik dalam subjek Biologi kerana lebih menarik dan mudah berbanding subjek Fizik yang mempunyai banyak pengiraan. Topik yang dipilih ialah "Cell structures and functions". Rancangan mengajar kami dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu mengeluarkan idea asas (elicit an ideas), menstrukturkan idea (restructuring of ideas), mengaplikasikan idea (application of ideas) dan penutup. Kesemua bahagian ini penting bagi membolehkan pelajar memahami dan menguasai topik yang ingin disampaikan oleh guru.

Memandangkan rancangan mengajar telah siap dirangka, tugas kami adalah untuk mencari gambar struktur sel haiwan dan sel tumbuhan pula. Gambar ini untuk menjadikan persembahan kami lebih menarik dan pelajar akan lebih berminat mempelajari topik yang diajarkan oleh guru. Kami berdua merancang pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan oleh pelajar menggunakan Smart Board. Ini kerana penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas dapat meningkatkan tahap kognitif mereka terhadap pembelajaran serta pengajaran guru. Aktiviti yang direka menggunakan Smart Board ialah menyesuaikan gambar dengan fungsi, membezakan ciri-ciri antara sel haiwan dan sel tumbuhan, dan mengingat ejaan bagi setiap struktur sel.

Aktiviti-aktiviti tersebut direka menggunakan Smart Board Tool. Pelbagai jenis kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan kuiz, latihan, tutorial dan nota untuk pelajar. Dengan struktur warna dan animasi yang bergerak membuatkan pelajar bersemangat untuk belajar. Dalam tugasan ini, kelemahan saya dalam ICT dapat diperbaiki. Kini saya lebih berfikiran kreatif dalam menghasilkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan simulasi menggunakan komputer. Minat terhadap komputer juga bertambah serta bersemangat dalam menghasilkan sesuatu yang interaktif dalam proses pembelajaran dan pembelajaran. Selain itu, tugasan smart board ini menonjolkan kreativiti setiap kumpulan dan mewujudkan persaingan yang sihat serta membuatkan saya teruja untuk mempersembahkan hasil kreativiti kami.

0 comments:

Post a Comment

~Physics Lab~

Happy Hour

Happy Hour

Followers

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez