Sunday, March 28, 2010

Smart Board


Tugasan pertama yang kami perolehi ialah untuk mengkaji tentang Sekolah Bestari dan kajian luar tentang pembangunan sekolah luar bandar. Ahli kumpulan saya terdiri daripada 6 orang ahli. Oleh itu, kata sepakat telah diambil untuk membahagikan tugasan tersebut kepada dua bahagian. 2 orang ahli kumpulan saya iaitu Jihan dan Sherry ditugaskan untuk menyiapkan penulisan tentang sekolah bestari manakala yang selebihnya akan membuat kajian tentang sekolah luar bandar.

Jadi, setelah berbincang selama beberapa minggu.....akhirnya kami bersepakat untuk memilih Sekolah Menengah Tengku Menteri sebagai lokasi pilihan. Sekolah tersebut terletak di kawasan Changkat Jering, Perak. Walaupun perjalanan ke sana mengambil masa selama 3 jam....namun tempoh masa tersebut tidak dirasai kerana dipenuhi gelak ketawa bersama kawan-kawan seperjuangan. Pelbagai masalah yang timbul sepanjang perjalanan ke sana namun langsung tidak mematahkan semangat masing-masing.

Pagi Selasa tanggal 20 Januari adalah detik yang amat mendebarkan. Ini merupakan kajian pertama saya ke sekolah untuk menemubual guru-guru. Bermacam-macam perkara yang difikirkan terutama dari segi etika pemakaian yang sempurna, penggunaaan kata dan cara untuk menemubual mereka. Bila terkenangkan saat tersebut, rasanya saya seorang sahaja yang panik dan takut. Kawan-kawan yang lain kelihatan cool dan mantain sahaja. Mungkin kerana saya seorang yang kurang berkeyakinan dan mudah panik. Perasaan panik itu selalu membuat saya hilang idea dan gugup bila berhadapan dengan orang lain.

Ketika melangkah ke perkarangan sekolah, jangkaan saya tidak meleset sama sekali. Sekolah luar bandar yang saya gambarkan memang tidak secantik dan kawasannya tidak seluas seperti sekolah bandar. Pondok pengawal sekolah yang kecil dan blok-blok bangunan yang rapat serta padat jelas menunjukkan kawasan sekolah yang sempit. Pada saat itu, saya tertarik pula untuk melihat persekitaran kawasan sekolah yang lain seperti taman sains, sudut bacaan, perpustakaan dan makmal sains. Kawasan- kawasan yang saya lawati sememangnya cantik dan dijaga rapi oleh pihak pengurusan sekolah. Walaupun kawasan sekolah tersebut agak sempit dan kecil, tetapi pelbagai inisiatif diambil untuk mencantikkan serta menceriakan kawasan sekolah tersebut. Pelbagai arca hasil daripada kretiviti pelajar dan guru dipamerkan.

Kini tibalah saat yang paling mendebarkan iaitu masa untuk menemubual guru-guru sekolah tersebut. Bermula dengan perjumpaan dengan pengetua sekolah tersebut yang agak tegas membuatkan saya mula kecut perut dan tahap keyakinan diri mulai rendah. Lebih-lebih lagi ramai kawan saya yang melalui pengalaman menemubual guru sekolah mengatakan bahawa guru-guru susah untuk memberikan kerjasama. Namun demi menyiapkan tugasan yang diberikan, saya menganggap pengalaman ini sebagai satu titik tolak untuk mengubah tahap kelemahan diri dan berani menyuarakan pandangan. Setelah menemubual guru yang pertama, mungkin perasaan kekok itu masih ada. Tetapi setelah temubual dijalankan ke atas beberapa orang guru, saya mendapati diri ini mulai yakin dan berani memberi pandangan serta idea sendiri.

Perkara yang paling menarik minat dan disukai ketika membuat kajian ke atas sekolah ini ialah melihat bagaimana guru-guru menggunakan multimedia dan kemudahan ICT di dalam kelas. Telatah para pelajar yang aktif serta cara pengajaran guru yang menarik membuatkan suasana pembelajaran tidak boring. Terkenang pula saat saya di sekolah menengah dahulu. Guru hanya menggunakan papan hijau untuk mengajar. Tiada langsung pendekatan alternatif yang digunakan untuk menarik minat pelajar di dalam kelas. Apabila melihat gaya guru fizik yang mepunyai pengalaman mengajar selama 15 tahun di sekolah tersebut, membuatkan saya bersemangat dan berazam sekiranya saya berpeluang menjadi pendidik samada di sekolah atau institusi pendidikan yang lain, say mahu menjadi pendidik yang serba boleh dan cuba sebaik mungkin menyampaikan pengajaran dengan pelbagai cara supaya pelajar mudah memahami teori serta konsep yang diajar. Penggunaan ICT dilihat banyak membantu pelajar serta guru dalam sesi pembelajaran.

Setelah meneliti semula pengalaman membuat kajian di sekolah tengku Menteri, saya telah banyak belajar sesuatu yang baru terutamanya kemahiran untuk berkomunikasi dengan golongan pendidik atau profesional, kemahiran bekerja sebagai satu pasukan dan kemahiran membuat kajian yang baik dan mantap. Namun saya perlu memperbaiki lagi kemahiran berkomunikasi dan soft skill yang ada supaya saya nampak lebih berkeyakinan di khalayak ramai terutamanya ketika bercakap dalam bahasa English. Jadi, saya akan cuba mempraktikkan penggunaan bahasa English dalam pertuturan seharian untuk melancarkan serta memperbaiki kelemahan yang ada.

0 comments:

Post a Comment

~Physics Lab~

Happy Hour

Happy Hour

Followers

 

Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez